Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk
dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman
hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan
hatinya untuk dicintai.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak
mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan
apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan
terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Kehidupan adalah kesempatan,bagaikan air yg
mengalir dan terus mengalir, samada membawa kebaikan atau keburukan,
menuju muara pengabdian..berlabuh di lautan kebahagiaan ataukah
penyesalan?
Cinta yang tiba-tiba menyelinap masuk di kamar hati
Rindu juga tiba-tiba menjelma di sudut hati
Semuanya datang bagaikan satu mimpi
Angin bertiup tenang...
Sinaran mentari lembut menerangi alam. ingin kusentuh kasihmu dalam bayangan malam...keabadian ikatan kasih hanyalah untukmu...
Kini Matahari terbit dri blik puncak
pegunungan & menyinari puncak2 pepohonan dgn rona mahkota. Mentari
berseri tersenyumlah langit memulakan hari bersama embun pagi, burung
bernyanyi bunga bersemi menyentuh hati Seindah alam sedamai jiwa..
aku hadapkan wajahku pada Tuhan yang Esa, yang
yang menjadikan langit dan bumi, yang menguasai seluruh alam..yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Bila seseorang jatuh cinta
ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta
yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat
khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan
hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana
sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita
sendiri.